PERLEMBAGAAN PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA ADNAN
PERLEMBAGAAN DAN KAEDAH-KAEDAH
PERSATUAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KAEDAH A
Persatuan
Ibu Bapa Dan Guru, SK Panglima Adnan
KAEDAH B
Maksud-maksud
dan tujuan. Tujuan Persatuan.
1.
Maksud persatuan ialah :
a)
Untuk mengadakan
sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di
sekolah atau institusi pelajaran itu.
b)
Untuk membantu dan
menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi kehendak-kehendak
dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
c)
Untuk membolehkan
ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar
fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya, dan
d)
Untuk memberi
peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi pelajaran itu
berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf
pelajaran anak-anak mereka pada amnya.
2.
Tujuan-tujuan persatuan ialah
a)
Untuk menentukan supaya murid-murid di
sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada
kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
b)
Untuk menentukan supaya murid-murid di
dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah
mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu, dan
c)
Untuk mewujudkan alam sekeliling yang
sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai
perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.
KAEDAH C
Tempat diadakan mesyuarat.
Tempat diadakan mesyuarat.
Bilik
Gerakan, Sekolah kebangsaan Panglima Adnan
KAEDAH D
1. Keanggotaan
1. Keanggotaan
Tiap-tiap ibu bapa dan guru-guru adalah diiktiraf sebagai ahli persatuan ini.
2.
Jawatan Kuasa
i)
Satu Jawatan Kuasa
mengandungi pegawai berikut hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan :
a.
Pengerusi
b.
Timbalan Pengerusi
c.
Setiausaha
d.
Bendahari
e.
Sebelas orang Ahli
Jawatan Kuasa.
ii)
Nama-nama untuk
jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan
dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua anggota AJK
boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
iii)
Nama-nama
kekosongan yang berlaku dalam Jawatan Kuasa hendaklah dipenuhi oleh Jawatan
Kuasa dengan melantik seorang ahli biasa yang akan memegang jawatan hingga
Mesyuarat Agung Tahunan yang kan datang.
3.
Tugas-tugas Jawatan Kuasa
i)
Tugas Jawatan
Kuasa ialah mengelolakan dan mengatur kegiatan-kegiatan persatuan dan membuat
keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan dengan tidak
terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.
ii)
Jawatan Kuasa
hendaklah mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan dan 14 hari
pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli.
iii)
Pengerusi dengan
bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga orang ahli Jawatan Kuasa
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatan Kuasa pada
bila-bila masa.
4.
Tugas Jawatan Kuasa PIBG
i)
Pengerusi
hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agong dan semua mesyuarat
jawatankuasa dan bertanggung jawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menanda tangani
minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya Naib
Pengerusi hendaklah memangku jawatannya.
ii)
Setiausaha
Kehormat hendaklah menjalankan urusan persatuan menurut perlembagaannya, dan
melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatan kuasa. Ia
hendaklah menyimpan minit-minit semua mesyuarat, dan menguruskan semua hal
mesyuarat, dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan lain-lain rekod.Ia
hendaklah menyediakan laporan unutk dibentangkan, kepada mesyuarat agung dan
minit-minit yang berkenaan dengannya.
iii)
Bendahari adalah
bertanggung jawab berkenaan hal semua kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat
dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan, dan bertanggung jawab
diatas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap
tahun, kewangan sebelum satu haribulan Febuari dan serahkan untuk diodit.
KAEDAH E
Pendapatan
Pendapatan
i)
Persatuan hendaklah menubuhkan satu
kumupulan wang ke dalam mana yang hendak dibayar semua derma atau sumbangan
daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan persatuan, dan kumpulan wang itu
hendaklah diuruskan oleh persatuan secara telus.
KAEDAH
F
Kuasa bagi membelanjakan wang persatuan
Kuasa bagi membelanjakan wang persatuan
i)
Kuasa untuk membelanjakan wang
persatuan ialah Jawatan Kuasa Persatuan dengan syarat ianya digunakan untuk
perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan.
ii)
Bendahari dibolehkan menyimpan wang
runcit tidak lebih daripada $100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja) pada sesuatu
masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan
oleh Jawatan Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama persatuan.
iii)
Segala cek atau
kenyataan pengeluaran wang dari Akaun Persatuan hendaklah di tanda tangani
bersama oleh Bendahari danPengerusi.
iv)
Tahun kewangan
persatuan ialah 1hb. Januari hingga 31 hb. Disember.
v)
Semua urusan
keewangan hendaklah di lakukan secara telus. Urusan pembelian
melebihi RM500.00 hendaklah mendapat kelulusan Majlis Jawatan Kuasa
PIBG terlebih dahulu sebelum pesanan pembelian di keluarkan.
KAEDAH G
Penyimpan akaun-akaun pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan.
Penyimpan akaun-akaun pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan.
i)
Akaun persatuan
hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak menjadi ahi
Jawatan Kuasa dan mereka hendaklah dicalun oleh ahli-ahli persatuan dalam mesyuarat
agung tahunan.
ii)
Penyata kira-kira
yang telah diaudit berserta salinan penyata akaun bank hendaklah dikemukakan
untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan.
iii)
Satu salinan
penyata kira-kira yang telah di odit dan diluluskan oleh mesyuarat agung
tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah, Negeri.
KAEDAH H
Koram
Koram
i)
Koram bagi mesyuarat agung hendaklah
tidak kurang daripada 24 orang ahli (Bilangannya mestilah tidak kurang daripada
3 kali jumlah bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa).
ii)
Koram bagi mesyuarat Jawatan Kuasa
hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa.
KAEDAH I
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar
i) Kuasa persatuan
hendaklah terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
ii)
Mesyuarat Agung
Tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulan Mac.
iii)
Suatu Mesyuarat
Agung Tergempar hendaklah diadakan :
a.
Apabila difikirkan
perlu oleh Jawatan Kuasa.
b.
Atas permintaan
bertulis oleh sekurang-kurangnya 24 orang ahli persatuan dan mesyuarat itu
hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan permintaan
tersebut.
iv) Sekurang-kurangnya
14 hari notis hendaklah diberikan secara bertulis untuk mengadakan mesyuarat
agung tahunan dan sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis bagi mesyuarat
agung tergempar.
v)
Urusan mesyuarat
agung tahunan ialah menerima laporan Jawatan Kuasa dan Penyata kira-kira yang
telah diodit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan
menimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan persatuan.
vi)
Urusan mesyuarat
agung tergempar hendaklah dihadkan hanya kepada maksud mesyuarat itu diadakan.
KAEDAH J
Pindaan
Perlembagaan Persatuan
i)
Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh
diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung tahunan. Perubahan-perubahan
atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai daripada
tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar
Sekolah, Negeri.
KAEDAH K
Harta
dan Amanah
i)
Persatuan adalah mempunyai kuasa untuk
mempunyai, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau harta alih yang mana
pada pendapatnya dikira kan
memudahkan ia menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.
ii)
Empat orang pemegang amanah hendaklah
dilantik di mesyuarat agung tahunan dan mereka kan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh
persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta takalih kepunyaan
persatuan dan mereka hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang
diperintahkan oleh Jawatan Kuasa.
iii) Pemegang amanah tidak boleh menjual,
menarik balik atau meukar harta kepunyaan persatuan dengan tidak ada
persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung ahli-ahli.
iv)
Seseorang pemegang amanah boleh
dilucutkan dari jawatannya oleh Jawatan Kuasa oleh sebab uzur kerana penyakit
tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang
menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak
memuaskan. Jika berlaku kematian, letakkan jawatan atau pembuangan bagi
seseorang pemegang amanah sebelum mesyuarat agung tahunan maka kekosongan itu
bolehlah dipenuhkan oleh Jawatan Kuasa sehingga pemegang amanah yang baharu
dilantik di dalam mesyuarat agung.
v)
Pemegang amanah yang dilucutkan
daripada jawatannya mengikut perlembagaan ini, berhak merayu kepada mesyuarat
agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamat.
KAEDAH L
Larangan
i) Persatuan tidak boleh memperluaskan
bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan
syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan lain di sekolah
ii) Persatuan tidak boleh menjadi instrumen
bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang bersangkutan di
antara persatuan dan Guru Besar / Pengetua atau kakitangan sekolah atau Jabatan
Pelajaran atau Kementerian Pelajaran atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
KAEDAH M
Taksiran
i)
Sekiranya timbul
sesuatu yang tidak jelas mengenai taksiran dalam perlembagaan ini, perkara itu
hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat Jawatan Kuasa. Keputusan Jawatan Kuasa
mengenai perkara tersebut adalah muktamad.
KAEDAH N
Pembubaran
i)
Persatuan ini
tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar
Sekolah, Negeri. Segala harta alih atau takalih tidak boleh dilupuskan
melainkan dengan kelulusan Pendaftar Sekolah, Negeri.